Saturday, February 26, 2011

Tinta 10: RaHsIa SeNyUmAn KaMo ^_^


Assalamualaikum.............

"Senyum..Senyum..Kacak luar, kacak dalam kacak dengar sini..
Kalau saya senyum Awak mesti senyum sekali 
Kalau kita senyum semua orang berjangkit..
Bila semua orang senyum dunia tiada penyakit "..Lalalala.
(Best layang lagu ni)

Agak-agak mesti dah faham kan.kan tajuk entri iera ni kan..Bila senyum kita dapat mengumbirakan hati orang sekeliling kita & yang penting buat kita lupa masalah yang mengggunung tuu.Kawan-kawan selalu cakap senyum tuu awet
muda. Senyum itu jua sedekah..TAPI,korg taw x rahsia disebalik senyuman tuuu..???.
Jom Terjah Rahsia Senyum a.k.a Sengih....MSN Onion Icons





Senyum + ketawa boleh kurangkan risiko sakit jantung & tekanan darah tinggi, strok


Boleh legakan ketegangan otot & buat otak lebih peka.

     Kanak-kanak lebih banyak senyum daripada orang dewasa iaitu sebanyak 
    400 kali brbnding 15 kali bagi dewasa..yeke??..Senyum boleh kurangkan 
     rasa sakit  secara fizikal & emosi.


Senyum senaman dalaman yang dapat rangsang otot, sistem saraf & hormon..
Yang penting menceriakan hari-hari kita.


Bila kamo senyum, sel pembunuh tumor & virus semulajadi bertambah so 
sistem pertahanan badan kita akan kuat...


Senyum dapat tingkatkan kepercayaan diri dan mental yang kuat untu hadapi masalah..


Ketawa + senyum boleh baiki fungsi usus n bakar kalori kamo..wooo..


So, Korang senyum lah cket walau stress tahap gaban kan..Kalo boss senyum kat sume pekerja gerenti senyuman tuu dapat release tension si boss n pekerja pun senang hati tengok boss senyum kan..
Aaaalaaar..SENYUM je pom xperlu kata apa-apa....
Smile..........Onion Icons




~ SENYUM ITU UMPAMA KELOPAK DAN KETAWA ADALAH BUNGA YANG MEKAR~




Friday, February 25, 2011

Tinta 9 : MaKaNaN uNtUk CeGaH pEnYaKiT

ASSALAMULAIKUM RAKAN-RAKAN..MSN Onion Emoticon

Membaca jambatan ilmu. Membaca juga dapat mempertajamkan pemikiran kita..Cewaahhh.
iera nak kongsi-kongsi la cikit pe yang Iera baca dalam majalah Rapi ni kan sal kesihatan kita..
Omputih cakap "Prevent Better Than Cure" kan.kan.Ikot ayat skema Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati..Biasalah, masyarakat kita kaya dengan pelbagai makanan xkire berlemak a.k.a bersantan atau tak bak kata kawanku kat Malaysia sume makanan ade,nak makan pe..masakan Thai,China,French,Indian,
Masakan kampong,pendek kata sume ado la ye..So, bile nampak jew makan yang sodap, main rembat je kan asalkan dapat makan..xgituuu cik kiah ehh..hehe

MSN Onion EmoticonSo,Jum tengok pe makanan dapat cegah kita pelbagai penyakit...



    1. KUBIS 


    Kaya dengan 'Phytochemicals' dapat 
    membantu melindungi tubuh 
    dari serangan kanser 
    paru-paru,payudara, usus, 
    ovari dan  dapat tingkatkan 
    sistem kardiovaskular.      





    2. BAWANG 

    Kaya dengan antioksidan yang dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan 
    sel kanserdan juga dapat 
    mempertingkatkan metabolisme badan..
    suke makan bawang x?hehehe




                                                  
                                                              3. EPAL 


    Sesuai untuk melancarkan sistem penghadaman kiter.
    1 biji epal 1hari boleh kurangkan kolestrol dalam darah n
     dapat lindungi jantung kiter dan kurangkan sel kanser tumbuh...
    Sayang jantung kita x??







    4. KUBIS BUNGA

    Alar kubis bunga yang warna putih 2..knl ek..hehe
    Khasiatnya dapat bantu hati meneutralkan kandungan 
    toksik dan kaya dengan serat n kandungan
     vitamin c yang tinggi..
    Best woo klo buat sup ke,tomyam ke, rebus saje ke..
           





    5. KRANBERI

    Boleh lindungi usus kita dari jangkitan kuman n dapat kurangkan 
    risiko diserang ulser.. So, makan kranberi bnyak2,
    at least dapat bantu sstem pnghadam kita kan.kan.
    Buat jus best!!..=)








    6. ANGGUR MERAH

    Mengandungi flavanoid dapat melindungi jantung 
    n mengelakkan pengumpulan darah beku.
    Ia juga dapat mempertingkatkan aliran darah dan 
    menstimulasikan penghasilan nitrik oksida yang 
    bantu merehatkan otot.
    Buat Jus or salad..sedap!..






    Ni jew dapat Iera kongsi..SO, sayangilah tubuh anda jangan dok tibai je makanan sesuka hati jew ye...
    Makanan berkhasiat membantu sistem pertahanan tubuh kiter n lindungi kiter dari penyakit berangkai..hehe..

    ~SHARING IS CARING~

    Onion Emoticons


    Wednesday, February 23, 2011

    Tinta 8: WoRLd KiTe FeStIvAL 16

       ASSALAMULAIKUM rakan-rakan...
    Lama x update blog ni maklumlah sesibuk je memanjang dengan keje yang menggunung..
    Ada kesempatan ni share la cikitkan sal Festival Layang-Lyang Sedunia yang sempat iera g hari Ahad lpaz..hahaha.
    Festival Layang-layang Sedunia yang ke 16 telah diadakan di Pasir Gudang,Johor..Best memang best sangat coz menghimpunkan pelbagai jenis layang-layang dari serata dunia..Antaranya ada negara Australia, China,Hong Kong, Singapura dan lain2 termasuk jugak negara kita Malaysia..Pelbagai kategori di pertandingkan.Ad 3D Creative kite challenge,Rokkaku, Malay kite dan lain2..FuhhhH!Boleh kata masa iera g hari tuu ramai giler2 owg kt sna..Sesak..Tapi best sangat2 coz kali ni pegi nga club T.I.P.S...


    Peace.......sesaje...


    3D creative kite challenge....


    bESAU..besau layang-layang mereka...



    Chantekk!!!..warna-warni wooo....


    snap jew......with kak Dayah..


    P/s: Tahun depan plan nk g lagi....lalalalalaalala..=)

    Friday, February 18, 2011

    Tinta 7: SeKoLah BerPrEStAsI TiNgGI 2011

    ASSALAMUALAIKUM SEMUA..


    Iera nak kongsi cikit tentang artikel yang iera bace tentang sekolah berprestasi tinggi.
    'Sharing is caring'.

    Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan lagi senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2011 yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.



    Berikut adalah senarai penuh 23 buah sekolah yang disenaraikan sebagai SBT 2011:
    1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
    2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
    3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
    4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
    5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
    6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
    7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
    8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
    9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
    10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
    11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
    12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
    13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
    14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
    15. SK Convent Muar, Johor
    16. SK Seri Biram, Pahang
    17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
    18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
    19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
    20. SK Sultan Ismail, Terengganu
    21. SK Jalan Tiga, Selangor
    22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
    23. SJK(C) Lick Hung, Selangor




      ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

      1. Kepemimpinan Pengetua yang dinamis dan berkesan
      2.  Ketrampilan pentadbiran
      3.Ketrampilan interpersonal  
      4. Pengurusan kurikulum yang tersusun 
      5.Pengurusan semasa pengajaran dan pembelajaran  
      6.Pemantauan P & P  
      7.Model Penyeliaan  
      8.Kecemerlangan disiplin
      9. Guru Berkesan
      10.Model Fasilitator





    Tuesday, February 15, 2011

    Tinta 6: KeKaWaN di Zo0 - Part 2

    Assalamualaikum.w.b.t....


    Siapa suka pegi Zoo??Angkat kaki..hehehe..Mesti ramai yang suka ke sana kan.kan.Boleh kenalan dengan haiwan dan binatang di sana..Seronok bagi yang tahu menghargai fauna kita yang sudah semakin pupus. Masa iera g zoo hari minggu lalu memang best walaupun xlarat nak tawaf satu zoo..(penat laa). Ni iera nak sambung cite masa iera g zoo dengan teman-teman, ada la incident xtercapai akal berlaku..Masa berlaku tuu waktu iera dan rakan-rakan leka melihat si Babon bergayut tali ke tali..(Ingat lak cite tarzan..auuuuu). Ada la sorang pengunjung girl ini dok posing nak bergambor dengan si Babon yang dalam sangkar, tetibakan si Babon ni tarik shawl si girl tadi..Mujur si girl tak tercekik, kalo x mesti dah jadi sejarah..Si girl pom minta tolong la pembantu zoo untuk ambilkan balik shawl dia..Mujur le dapat tapi gerenti bau si Babon tuu melekat kat shawl dia..Nak xnak dia terpaksa pakai..Pah tuu??Ntah la,mybe si girl tuu keluar terus or gi memana..iera pom xsangka hal ni, terkejuz iera dengan perangai si Babon yang susah nak diduga tuu..So, korang pas ni hati-hati la dengan si Babon..Ntah2 korang ni kenal ke tak si Babon tuu apew...hahaha..



    Ni lah si Babon yang buruk perangai tuuu..ishhhh.. Kata owg kat zoo tu cakap habit si Babon ni memang cam 2, suka merampas benda owg sampai dah bnyok le henset owg si Babon ni rembat walaupun binatang ni pemalu sebenarnya..(kurang ksh syg..hehe)


    Itulah al-kisah si Babon....


    Dekat zoo ni ade bermacam-macam binatang taw, yang jarang dilihat mahupun tiap-tiap hari kiter tengok..Jum tengok pe lagi binatang ade.....


    besar giler burung nie...


    Burung kasawari....


    Rusa Bintik..sedapnya dok melahap


    Si Cipan yang kuat tidow...


    Si Unta padang pasir.....


    Hornbill yang bijaksana...








    Monday, February 14, 2011

    Tinta 5: Salam Maulidur Rasul 1432H/2011

    Assalamualaikum w.b.t...

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W , Keluarga dan Sahabatnya...



    Hari ini 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiuawwal 1432M, iera ingin mengucapkan  Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di seluruh negara dengan tema kebangsaan '1 MALAYSIA 1 UMMAH'  yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.






    Merayakan hari kelahiran Nabi s.a.w. termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya. Firman Allah Taala:
    “Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.”
    (Surah Al-A’araf, ayat 157).





    ~ Salam Maulidur Rasul buat keluarga, rakan-rakan, tenaga pengajar
     dan seluruh umat Islam ~





    Saturday, February 12, 2011

    Tinta 4: LaGi..LaGi..sHoPiNg

    Macam biasa cuti weekend iera shoping tuu pom kalo xdak esemen pape la kan.Tapi sejak akhir-akhir ni iera asyik gatal tangan sebelah kiri je.Mak iera cakap kalo gatal tangan mesti nak perabih pitis a.k.a duit. Jadi memang btol kata mak iera,keje anak dia ni shoping jew kalo ada masa. Mujur mak xtahu anak dia skg dah jadi kaki window shoping.Owh,kalo mak tahu mesti pot pet pot pet.(shhhh..harap2 mak xbaca blog ni). Orait berbalik pada shoping tadi iera berkesempatan la membeli belah dengan bajet yang cukup-cukup..Nak taw pe iera beli???.....hoohohohohoho....Bese2 je..


    Beg bese je..simple but nice..from silver lady shop


    Design memang bese je tapi selesa woo pakai..From Vern's



    Tinta 3 : AkU dAn Zo0....PaRt 1





    Hari ini iera bangun awal plan nk g zoo@Jb.Biasanya hujung minggu cam ni jangan harap nk bangun awal.Dalam kul seploh iera n room8 pom gerak g sana dengan membe lain la.Iera xpenah g zoo hujung minggu ni la first time..Memang seronok sangat sebab iera bertuah dapat beri arnab makan taw n buat kali pertamanya jugak iera dapat tengok ular sawa bersalin kulit.Fuh!..Xsangka dapat tengok.Time2 cuti cam ni la bawak family ,anak,bini jalan-jalan.Kali ni g zoo lain cikit taw sebab kami ada photographer yang diimport khas.Apa lagi bile iera n room8 ni pantang jumpe camera, mesti nak berposing sakan..ish2.Jum tengok gambaq..



    arnab ni daa kebulur..


    Room8 dan arnab beliau


    makanan ni kiter share ye..kiter berdua jew..hehehe


    ada pertunjukan burung..iq si burung same dengan iq budak 4thn.


    semacam je si unta pandang LN..(malu)

    .

    Ni la photogrpher import..


    Amacam?best kan g zoo...kalau ada kesempatan pegi la zoo memane pom.Kesian binatang2 2 menantikan korang..hahahaha..



    Thursday, February 10, 2011

    Tinta 2 : kAsUt OH kAsuT

    Hari Selasa lalu iera g outing  taw nga kawan.. Alar bosan2 so kami pom kuarlah.
    Pegi makan sesama kat cs@jB sampai 2 jam..fuh!!,xleh blah 2 jam dk kat restorant bufet dengan begitu lama..Sampai kami dah muak dengan makanan kat citu..Konon la kan nk makan bufet tp tong perut masing-masing kecik je..hahahahaha. Berbaloi-baloi la jgk..(eh,mne ceritera kasut ni).. 

    Hehehe..dah melalut lebih dah.Lepas makan iera pom jalan-jalan la area citu kan.kan dengan niat nk cari kasut. Pusing la punya pusing dengan roomate tercayang kan siap tawaf beberapa kali daa..tup-tup xdak satu pom yang berkenan kat hati..So,iera pom gerak la pegi kotaraya@jB takot2 ada kasut yang berkenan kat sana..Ada yang berkenan.Chantek la jgk design tuu..Tapi Hampeh!.Xdak saiz lak plak..Roomate pom lagi lah ciap daa pilih 1 2 pasang kasut tapi xdak saiz...Al-maklum la kaki besaq.hehehe.

    Pusing punya pusing sampai 2 jam lebih xdak satu pom kasut kami beli..So,kami pun balik la dengan penatnya..sumenya gara-gara kasut..Mujur kasut lama masih setia dengan iera...
    (Klo x dah lme cmpak dlm tong)..hehehe..



    Suke la wedges ni..chantek!Klo ada kat cni gerenti dah beli....


    Yang ni chantek jgak tp jaga2 pakai skali tersandung..Malu la..


    Tinta 1: wElCoMe To My BlOg

    Selamat datang ke blog lempeng nyor....
    Lempeng Nyor nama diberi,
    Punya citarasa tersendiri,
    Ada tarikan yang tersembunyi, 
    Coretan kisah sendiri,
    Keunikan yang diadapatasi,
    Ceritera penuh kontroversi,
    Buat tatapan seisi............



    Welcome To All my frez n Followers...