ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
Iera nak kongsi cikit tentang artikel yang iera bace tentang sekolah berprestasi tinggi.
'Sharing is caring'.
Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan lagi senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2011 yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.
Berikut adalah senarai penuh 23 buah sekolah yang disenaraikan sebagai SBT 2011:
- Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
- Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
- Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
- Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
- Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
- Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
- Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
- Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
- Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
- Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
- Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
- SK Convent Muar, Johor
- SK Seri Biram, Pahang
- SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
- SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
- SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
- SK Sultan Ismail, Terengganu
- SK Jalan Tiga, Selangor
- SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
- SJK(C) Lick Hung, Selangor
ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
1. Kepemimpinan Pengetua yang dinamis dan berkesan2. Ketrampilan pentadbiran3.Ketrampilan interpersonal4. Pengurusan kurikulum yang tersusun5.Pengurusan semasa pengajaran dan pembelajaran6.Pemantauan P & P7.Model Penyeliaan8.Kecemerlangan disiplin9. Guru Berkesan10.Model Fasilitator